Jumat, 28 September 2012

[Klub Bisnis & Manajemen] Fatwa MUI Malaysia terhadap ESQ




MPF 2011 : Pembentangan Ustaz Farid Achmad Okbah 0

Garnizun Abu Askar AlFatih | 09:40 | ao-ALIRAN SESAT

MPF 2011 : Pembentangan Ustaz Farid Achmad Okbah

Pembentangan Oleh Ustaz Farid Achmad Okbah pada Majlis Penjelasan Fatwa 2011 bertajuk "Menilai Kegiatan Training ESQ 165″.

Ustaz Farid Okbah menyampaikan pembentangan beserta pelbagai bukti yang ada

Sebelum itu, moderator (Ustaz Adli) berkata bahawa pihak ESQ Malaysia telah bertemu dengan Ustaz Farid di hotel selepas subuh pagi itu, iaitu setelah Ustaz Adli menghantar Ustaz Farid pulang ke hotel seusai solat subuh berjemaah di masjid berhampiran. Satu perkara yang menimbulkan tanda tanya dalam fikiran SJ juga peserta lain ialah bagaimana pihak ESQ boleh mengetahui secara spesifik dimana hotel penginapan Ustaz Farid Okbah? Walhal terdapat ratusan atau mungkin ribuan hotel di dalam Kuala Lumpur.

Ustaz Farid telah menjelaskan pelbagai perkara di dalam ESQ yang  bukanlah ajaran Islam tetapi diperlihatkan seolah-olah Islami oleh ESQ Leadership Center. Kesesatan bukan hanya gambaran semata-mata, tetapi kesesatan adalah suatu yang fatal. Beliau berkata, di dalam al-Quran, ALLAH menyebutkan bahawa kebodohan akan membawa kepada 7 hal dan amat jelas di dalam ESQ terdapat sangat banyak kebodohan.

7 perkara yang digandingkan oleh ALLAH dengan kebodohan ialah kemunafikan, kejahilan, kezaliman, kesesatan, kekufuran, syirik dan berpaling dari kebenaran.

Ternyata kesimpulan yang dapat dibuat tentang ESQ ialah ESQ dibangun di atas kebodohan tentang agama.

Menurut ulama, kesesatan berlaku akibat dari 2 perkara iaitu :
Su'ul fahmi – disebabkan fahaman yang keliru terhadap sesuatu dalam tinjauan Islam
Su'ul Qasdi – berniat tidak baik/ jahat/ buruk

Kata Ustaz Farid, perkara-perkara di dalam ESQ banyak yang sebenarnya tidak bersumberkan Islam. Ary Ginanjar mengajarkan utk mengikuti akhlak ALLAH s.w.t, namun sebenarnya tiada hadis yang mengajak kepada perkara ini sebagaimana dakwaan Ary Ginanjar Agustian. Ini adalah kerana Ary Ginanjar tidak faham perbezaan di antara Asma ALLAH dengan Sifat ALLAH dan ESQ tidak memahami tauhid secara utuh, serta hanya menekankan kepada suara hati.

Ary Ginanjar Agustian menyamakan God-Spot bersamaan dengan suara hati dan bersamaan dengan Fitrah. Walhal, Rasulullah s.a.w sendiri telah menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan fitrah ialah agama Islam. Soalnya, andai suara hati punca kebenaran, apa gunanya al-Quran dan sunnah?

Al-Quran tidak pernah menekankan tentang suara hati. Al-Quran menegaskan tentang tauhid. 84 surah turun di Mekah menekankan tentang tauhid.

Pada tanggal 20 Julai 2010, Ary Ginanjar telah menjawab fatwa Mufti Wilayah melalui akhbar Republika di mana beliau berkata ukuran kesesatan itu apabila berubah rukun iman dan rukun Islam.

Kata Ustaz Farid, 165 itu sudah boleh dikira mengubah rukun Islam dan Iman. Ary Ginanjar telah menafsirkan rukun iman dengan gaya fikiran manusia. Tafsiran seperti Star Principle, Angel Principle, learning principle dan lain-lain adalah jelas membuktikan penyimpangan terhadap ajaran Islam. Menghairankan apabila dengan wujudnya penyimpangan-penyimpangan ini, MUI memberi Sijil Patuh Syariah kepada ESQ 165. Lalu halal dari sisi apa, kerana jelas semua ini bercanggah dengan ajaran Islam.

Pasangan suami isteri yang juga pendakwah bebas, Ustaz Wan Akasyah dan Ustazah Siti Norbahyah antara ribuan peserta MPF

Demikian juga apabila rukun Islam dikaitkan dengan mission statement, character building dan lainnya. Semua ini jelas adalah suul fahmi. Apabila seseorang itu memahami Islam secara salah, maka hasilnya adalah salah. Inilah yang berlaku pada Pak Ary Ginanjar. Ary Ginanjar mengambil ayat-ayat al-Quran sebagai hujah tanpa mengambil kira kaedah hukum.

Selain itu, Ustaz Farid juga mendedahkan kisah disebalik Sijil Patuh Syariah(Sertifiket Sesuai Syariah) yang dikeluarkan oleh pihak Majelis Ulama Indonesia (MUI) kepada ESQ Leadership Center. Menurutnya, setelah pulang dari Qatar, beliau cuba mendapatkan hasil penelitian MUI namun tidak berhasil.

Beliau kemudiannya berhubung dengan orang kuat MUI, Pak Cholil dan bertanyakan apa yang sebenarnya terjadi sehingga MUI mengeluarkan sertifiket halal itu?

Pak Cholil berkata, fatwa yang dikeluarkan oleh SS Mufti Wilayah Datuk Wan Zahidi adalah fatwa yang benar. Penelitian MUI mendapati terdapat 80% kesalahan dalam ESQ.

Apa yang dikesalkan ialah MUI mengeluarkan sijil berkenaan tanpa menjelaskan perkara yang sebenar.

Tambah Ustaz Farid lagi, pihak Kedutaan Malaysia di Jakarta juga telah datang ke MUI untuk bertanyakan hal yang sama, namun menurut Pak Cholil, Pak Ichwan Sam yang ditemui TIDAK menjelaskan tentang hasil penelitian MUI (terdapatnya 80% kesalahan dalam ESQ, dan Fatwa Mufti Wilayah adalah fatwa yang benar) kepada wakil kedutaan Malaysia.

Ini bererti ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh pihak MUI dari pengetahuan umat Islam.

Para audiance seluruh dewan amat terkejut mendengar perkhabaran tersebut dan kehairanan melihat tindak tanduk MUI yang tidak bersikap jujur.

Ustaz Farid Okbah juga menyebutkan tentang The New Age Movement (NAM), sebuah gerakan anti-Tuhan yang bermodus dengan gambaran ilmiah, di mana antara individu yang terlibat ialah Danah Zohar (pencipta SQ).

Antara tanda-tanda New-Age Movement ialah ia menggunakan istilah-istilah God-Spot dan Spitualisme bagi mengaburi mana khalayak umum. Ustaz Farid Okbah mengakhiri pembentangannya dengan harapan, Malaysia tidak akan memberi ruang kepada NAM kerana gerakan itu turut beroperasi dalam bentuk perlatihan-perlatihan atas nama ilmiah. NAM sebenarnya bertujuan untuk menghapuskan semua agama di dunia.

Slide Show ringkasan pembentangan Ustaz Farid Achmad Okbah boleh didapati di link berikut : http://www.muftiwp.gov.my/v1/doc/esq.pdf

Kesimpulan yang dapat SJ buat ialah, dengan sekian banyaknya kesalahan serta penyelewengan bahkan penipuan yang dilakukan oleh pihak ESQ 165, adalah kurang tepat jika kita melihatnya sebagai sesuatu yang zanni atau syak. Tetapi ESQ sangat jelas sesat dan menyesatkan.




__._,_.___


-------- [ Business-Management-subscribe@yahoogroups.com ] -------->
               - KLUB BISNIS & MANAJEMEN INDONESIA -

Anggota Klub Business Management perbulan Oktober 2005 = 5.000 member lebih dan pada bulan Desember 2005 = 6.000 member lebih, sekarang sudah lebih dari 9.000 member. Dengan anggota sebanyak ini, maka sarana diskusi milis ini sangat kondusif untuk pencerahan

- Agar inbox e-mail anda tdk cepat penuh, kirim e-mail ke:
Business-Management-digest@yahoogroups.com
- Berhenti sementara dari milis:
Business-Management-nomail@yahoogroups.com
- Kembali ke seting normal:
Business-Management-normal@yahoogroups.com
----------------------------------------

Bersama memantapkan pemahaman ilmu bisnis dan manajemen dengan berbagi masalah dan solusi, teori dan aplikasi, konsep dan kondisi lapangan

DILARANG
- Dilarang mengirim SPAM, JUALAN, MESUM, PROPAGANDA, SARA, POLITIK dll
- Dilarang Chating dalam forum milis
- Gunakan jalur pribadi bila sifatnya privasi
- Hapus bagian Footer sebelum Reply
- Attachment maksimal 300 Kb
---------
Milis ini terilhami oleh sistem manajemen bisnis Balance Scorcard (Learning & Growth, Internal Process, Customer dan Finance) dan Malcolm Baldridge (The Excellence Performance Company: Leadership; Strategic Planning; Customer & Market Focus; Measurement, Analysis & Knowledge Management; Human Resource (HRD) Focus; Process Management; Business Results), Blue Ocean Strategy (BOS) dan Sistem ISO System dimana dalam sistem tersebut bisnis dikelola secara integral sesuai bisnis prosesnya.
--------------------------------------------------------------->


SWN
Moderator & Owner




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

0 Comments:

 

Get Visa Card Info | Domain Guide |